
Wawancara bersama Shin Azwan (pemain, arbiter, organizer, jurulatih)
Shin Azwan adalah antara nama yang anda tidak akan terlepas andai anda berada dalam dunia catur Malaysia. Beliau adalah antara sebahagian kecil yang menjadikan catur sebagai kerjaya full time yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Penglibatan beliau boleh dikatakan merangkumi segala aspek dari sebagai pemain kepada Arbiter (beliau memegang lesen Fide Arbiter dari Fide), organizer dan jurulatih. Satu karakter beliau adalah beliau sentiasa membuat penambahbaikan terhadap bidang yang beliau ceburi. Dalam bidang broadcasting misalnya, beliau bukan sahaja membuat broadcast menggunakan DGT Board malah beliau menggabungkannya dengan live video feed yang ditayangkan sekaligus bersama live dgt broadcast. Malah disebabkan oleh broadcasting juga, beliau telah dijemput ke peringkat antarabangsa seperti di 3rd Indonesian 2018 Asian Para Games (Paralimpik) di Indonesia dan 2nd Negros Open di Filipina 2017.
Dalam bidang organizing, beliau tidak terhad kepada membuat kejohanan, beliau juga telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Arbiter Kebangsaan di MSI-Kulim Kedah pada tahun 2018. Bila ditanya telah berapa banyak event dibuat, beliau memberikan anggaran 300 yang masa tidak mustahil kerana sejak berusia 18 tahun beliau telah menganjurkan event yang pertama
Terkenal dengan motto roadblock, beliau antara individu yang kuat menyokong pembangunan fide rated tournament di Malaysia dengan menganjurkan siri ICE U1600 dalam time control classical sebanyak 8 siri sejak 2018.
Admin: Sejak bila terlibat catur?
SA: Sejak umur 5 tahun dah mula main, tapi dok kampung , jadi pendedahan kurang lah sikit, sebab orang orang elit je main game nih.
Admin: Sejak bila serious
SA: Mula serius apabila menjadi Johan Daerah Kulim 2004 bawah 15, ketika itu di tingkatan 3, sebelum tahun itu chess antara sukan yang dimansuhkan utk mssm sebab krisis kewangan 1997 kecuali 9 sukan dan
hanya pada tahun 2004 baru catur dapat dilaksanakan balik untuk MSSM di Labuan . Ketika itulah kenal Cikgu Fuad sebab dia PT Daerah Kulim.
Gambar kenangan Shin bersama Allahyarham Cikgu Fuad
Admin: Dapat mewakili Kedah pada tahun tersebut?
SA: Belum dapat wakil Kedah lagi masa nie, saingan agak sengit sebab wujud keluarga catur besar family Azmi dari University Langkawi pada masa itu. Ketika itu hampir semua kategori dikuasai oleh anak anak beliau seperti Musa, Isa, Intan dan lain lain.
Admin: Sebagai pemain ,siapa player terkuat pernah dikalahkan ?
SA: Antaranya
-Jax Tham menang kat UTP 2015
-Fong Yit San draw kat FRIM 2013
-Fong Yit Hao menang kat KLK Ipoh 2015
Admin: Apa kejayaan terbesar sebagai player
SA: Mendapat no 5 di Selangor Challenger 2016
Admin: Bagaimana boleh bermula organize tournament?
SA: Setelah tamat tingkatan 5 masuk unikl. Kita kurang pendedahan lagi pada masa itu tetapi mempunyai semangat tinggi. Pada 2007 ketika berusia umur 18 tahun dapat organize tournament catur pertama di Unikl , MSI-Kulim .
Kisahnya bermula sebab di awal memasuki universiti ada tanya cikgu fuad,bila nak ada tournament, tapi sebaliknya cikgu fuad pula beri cabaran untuk organize tournament sebab dah masuk universiti.
Tanpa fikir panjang jumpalah HEM, beritahu hendak nak buat tourney, antara soalan awal di tanya ialah sem berapa sekarang, bila di jawab sem 1 pentadbiran agak terkejut kerana jarang sekali pelajar dari semester 1 ingin membuat sebarang aktiviti
Kemudian buat kertas kerja dan bajet yang dimohon adalah RM2k, yang diassign menjadi advisor program ketika itu ialah En Aznizam. Dalam proses mendapatkan kelulusan ini, perlu berjumpa dengan Provos UniKL MSI Kulim (lebih kurang pangkat rektor). Masih ingat lagi Provos bertanya berapa bilangan yang dijangkakan akan menyertai, apabila dijawab 200 provos agak sedikit terkejut kerana beliau menjelaskan program yang dibuat fakulti pun walaupun percuma kadang kala tidak mencapat bilangan 50 pelajar. Tetapi ini program berbayar tetapi hendak mencapai 200 bilangan. Untuk dipendekkan cerita, aku beri jaminan 200 pemain atau duit sponsor RM2k akan dipulangkan.
Setelah dapat kelulusan, dalam tempoh yang singkat selama sebulan,
ahli jawatankuasa pun direkrut dari pintu ke pintu di asrama, berjaya menarik 212 peserta. Malah provos bagi reward dengan sponsor outing ke karnival sungai petani tahun itu
Sem dua terus buat tournament lagi dan sampailah ke hari ini. Jadi sejak 18 tahun dah 300 tournament dibuat dah rasanya
Bersama GM Nigel Short semasa bertugas di Negros Open 2017
Admin: Sejak bila terbabit aktif arbitering?
SA: 2015 mula
Admin: Bagaimana boleh terbabit dengan broadcasting?
SA: Sebabnya dulu kita tengok broadcast kat Malaysia tak sama dengan europe pada 2016, jadi kita cuba mulakan
Admin: Berapa board mula?
SA: Dulu mula dengan 1 board, sekarang dah 6 board sebagai aset
Admin: Apa cabaran paling besar sebagai arbiter
SA: Menjerit , hahahaha, oh bukan menjerit, nak handle organizer yg bagi nama last minute untuk dimasukkan ke dalam pairing.
Kedua. Kalahkan player atas sebab teknikal seperti terjumpa telefon semasa bermain juga antara cabaran yang kita perlu keraskan hati untuk kuatkuasakan.
Dan yang terakhir untuk handle dresscode. Bukan mudah hendak menguatkuasakan dresscode kepada pemain. Ada antara pemain yang dah mempunyai title pun datang ke dewan pertandingan berpakaian seperti hendak ke pasar ikan aja.
Ketika bertugas sebagai Sport Lead untuk Asian Para Games 2018 di Indonesia
Admin: Cabaran terbesar sebagai organizer
SA: Cabaran terbesar adalah untuk dptkan sponsor , enviroment chess kat Malaysia masih belum kondusif sepenuhnya dan ini meliputi seluruh aspek dari segi expectation player,expectation penaja, expectation host dan juga venue.
Venue kita di Malaysia nie sebenarnya banyak tak sesuai sebab tiada toilet di dalam hall
Admin: Apa pendapat tentang politik catur malaysia?
SA: Kita selalu bercakap tentang nak pilih peneraju mcf yang terbaik, tapi peringkat negeri pun banyak negeri gagal memilih yang terbaik, jadi bagaimana kita mahu dapatkan AJK MCF yang terbaik sekiranya proses yang awal tadi gagal dilaksanakan dengan baik.
Admin: Sejak bila fulltime catur
SA: Sejak 2013, tapi kadang kadang rasa nak cari 6 biji infiniti stone,
patah balik tukar waktu dan retired, hahahaha
Antara siri-siri roadblock Shin Azwan
Admin: Apa nasihat kepada orang yg nak buat chess sebagai full time
SA: Better pikir 10x sebelum terjun, bukan mudah nak jadikan bidang ini fulltime, istikharah betul-betul.
Admin: Apa pengalaman paling manis sebagai trainer?
SA: Pernah membantu geng MRSM PDRM Kulim seramai 6 orang mewakili daerah ke MSSK pada tahun 2014. Pernah juga membantu Zaidah Azmi dari USIM mendapat tempat ketiga dalam MASUM 2016 di UNISZA.
Admin: Apa harapan utk catur Malaysia.
SA: Semoga catur Malaysia boleh terus maju dan mereka yang memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya untuk kepentingan komuniti dan bukan mengutamakan kepentingan sendiri sahaja.
Average Rating