June 6, 2023
Trending Tags

Uzair Shahar Juara di KedaiCatur.Com U1900 Open 2021 Fide Rated Classical

Read Time:3 Minute, 20 Second

Uzair Shahar menjuarai Kejohanan Catur Terbuka U1900 KedaiCatur anjuran Terengganu Chess Association dan KedaiCatur.com . Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari dari 23 Disember 2022 sehingga 25 Disember 2022 yang berlangsung di Dewan Sivik Bukit Payang ini menyaksikan penyertaan seramai 35 pemain dari seluruh negara. Kejohanan ini merupakan kejohanan over-the-board yang julung julung kalinya diadakan di Pantai Timur selepas 18 bulan Malaysia bergelut dengan pandemik Covid 19 yang masih belum nampak penghujungnya. Kejohanan diselia oleh Ketua Arbiter yang juga adalah Pengarah Kejohanan iaitu En Muhammad Bin Arshad yang merupakan tuanpunya kepada KedaiCatur iaitu pembekal barangan catur utama di Malaysia dan juga organizer yang mempelopori DGT broadcasting untuk kejohanan catur di Malaysia.


Uzair Shahar menerima piala kejohanan selaku juara!

Uzair Shahar yang bermula sebagai pilihan ke-3 ternyata bermula garang apabila menewaskan kesemua pencabarnya pada hari pertama. Menjelang hari kedua, beliau terus menjadi pendahulu kejohanan selepas menewaskan seeded pertama En Fairul Yusoff pada pusingan ke 4. Beliau lantas tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memungut mata penuh sehingga pusingan akhir kejohanan. Uzair berjaya memungut tambahan rating 34.8 untuk rating klasikal FIDE beliau.

Di tempat kedua adalah En Fairul Yusoff iaitu seeded pertama kejohanan dengan 6.5/8 mata dan di tempat ke tiga adalah pemain unratedĀ  yang bermula sebagai seeded ke 19 iaitu Looi Zhi Ming dengan 6/8 mata. Engku Aida Sofea pelajar SMKA Dato Haji Abbas juara kategori wanita

10 game board pertama kejohanan setiap pusingan boleh dilihatĀ  di https://view.livechesscloud.com/?fbclid=IwAR3B3NQNZWFU0sHK5QAMUoypOqnx2MlCywhBEj50zn-elR7bQF8vF92BUMM#f3ae6766-addc-4966-81aa-28be3c0a7422

Berikut adalah game penentuan di antara seeded pertama dan seeded ketiga yang melonjakkan Uzair selaku pendahulu kejohanan

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Pertandingan Catur Terbuka Piala Ahli Parlimen Sepang 8 JAN 2022
Next post Seremban Chess Tournament 23 Jan 2022