June 6, 2023
Trending Tags

Cabaran pemain Malaysia bermula di Marienbad 2022, Czech

Read Time:2 Minute, 15 Second

Sebaik sahaja melabuhkan tirai cabaran di Prague 2022, kumpulan pemain pemain dari Malaysia terus berpindah kepada Marienbad 2022, Czech. Pertandingan yang mendapat sokongan kewangan dari bandar Marianske Lazne ini mendapat sokongan penuh Datuk Bandar Mr. Martin Kalin membolehkan pertandingan ini dianjurkan.

Format pertandingan agak berbeza jika dibandingkan dengan Prague Open 2022. Kalau di Prague Open formatnya adalah dua tournament Swiss di mana kategori Master dan bukan Master dipisahkan,di Marienbad pemain pemain master bermain di dalam 4 kumpulan round robin (2 pool GM norm, dan 2 pool IM norm). Satu swiss yang menyaksikan pemain master dan bukan master turut diwujudkan.

Satu satunya pemain Malaysia yang akan bermain dalam kategori round robin adalah Lim Zhuo Ren yang bermain dalam pool A manakala pemain pemain lain (WIM Puteri Munajjah Az-zahraa Azhar,WFM Puteri Rifqah Fahada Azhar, Nur Batrisya Wafa Mohsen) akan bermain dalam kategori swiss.

Semalam telah berlangsung pusingan pertama, beberapa board dari setiap kumpulan boleh dilihat di https://lichess.org/broadcast/marienbad-open-2022/4DjHSfKC … Game game juga boleh diikuti dari FollowChess.

Pusingan pertama menyaksikan FM Lim Zhuo Ren mengikat lawannya (Gung, Theo 2368) dengan seri manakala dalam kategori swiss menyaksikan WIM Puteri Munajjah menang ke atas Peglau Paul David (1509) dari German dan WFM Puteri Rifqah seri dengan lawannya Shadrina Eva dari Estonia. Nur Batrisya yang baru sahaja mendapat habuan 175 mata rating dari Prague open ternyata tidak menghampakan apabila membuat kejutan dengan menewaskan lawannya Stojkovic Andreja dari Croatia yang mempunyai rating 1925 iaitu perbezaan melebihi 700 mata sekaligus merangkul peningkatan mata rating maksimum 36.8 dari pertemuan ini.

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Cabaran pemain Malaysia di Prague Open 2022 tamat dengan baik
Next post KLMaster Classical 4th Edition (5-6 March 2022) @ Nexus Shah Alam