
Cabaran pemain Malaysia di Prague Open 2022 tamat dengan baik
Kisah empat pemain Malaysia yang bermain di Prague Open 2022 berakhir dengan baik apabila rata-rata mencatatkan kenaikan rating fide classical mereka. FM Lim Zhuo Ren, WIM Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar dan WFM Puteri Rifqah Fahada Azhar bertanding di kategori A yang memperlihatkan sejumlah 158 pemain dari 27 negara bertanding di mana 34 pemain adalah bertaraf GM,IM,FM,WIM dan WFM! Manakala Nur Batrisya Wafa Mohsen bersama 94 pemain dari 16 negara bertanding di kategori B.
FM Lim Zhuo Ren memperlihatkan permulaan yang sangat baik apabila menunjukkan performance rating melebihi 2500 sehingga pusingan ke-6 sekaligus membawa harapan GM Norm atau setidak-tidaknya IM Norm. Kemenangan demi kemenangan dan kejayaan mengikat seri dengan 2 GM dengan rating 2553 dan 2402 menyumbang kepada performance beliau yang tinggi ini. Pusingan ke-5 memperlihatkan RP 2665! Namun kekalahan pada pusingan ke 7 & 8 menyebabkan harapan ini luntur. Pada akhir tournament beliau tetap dapat mencatatkan kenaikan rating sebanyak 8.6 mata iaitu jumlah yang bukan mudah untuk diperolehi pada julat rating beliau. Kesemua game beliau dapat diikuti melalui apps Followchess yang membawakan 24 board tertinggi kejohanan.
Puteri Rifqah Fahada yang memulakan kejohanan pada seeding 97 berjaya menamatkan kejohanan 24 anak tangga lebih tinggi pada kedudukan akhir 73. Beliau memulakan cabaran dengan baik apabila berjaya mengikat IM dari Czech (IM Kulhanek Tomas) dengan seri dalam permainan pertama beliau sekaligus mengutup 8.2 mata rating. Beliau menamatkan kejohanan dengan 4.5 mata sekaligus membawa pulang 14.8 rating untuk ditambah kepada rating klasikal beliau. Berikut adalah game yang mana beliau berjaya mengikat IM dari tuan rumah kejohanan.
WIM Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar yang bermain dalam kategori A turut memungut 4.5 mata sekaligus menamatkan kejohanan di tangga 59 iaitu 15 anak tangga lebih baik dari seeding permulaan beliau. Mestipun memulakan kejohanan dengan agak goyang, beliau berjaya mendaki menjelang pusingan pusingan akhir sehingga bermain di top 25 board pada 3 pusingan terakhir. Berikut adalah game game beliau yang dapat diikuti di followchess pada pusingan ke-8 dan ke-9 kejohanan.
Pemain yang mendapat durian runtuh dari kejohanan ini tidak lain tidak bukan adalah Nur Batrisya Wafa Mohsen yang bukan sahaja mencipta sensasi dalam komuniti catur malaysia apabila kisahnya diterbitkan di dalam media media mainstream, malah beliau berjaya membawa pulang 174.8 mata rating untuk ditambah ke dalam rating klasikal beliau. Beberapa berita di mana kisah beliau diterbitkan boleh dilihat di link link di bawah.
Sinar Harian - Batrisya bercatur dengan ‘otai’ di Prague
WOB - 17yo M’sian Girl Represents The Country at International Chess Competition in Czech Republic
Berita Harian - Sanggup keluar belanja sendiri demi anak
Odisi.my - Nur Batrisya Wafa – Kisah ‘The Queen’s Gambit’ Malaysia?
Kisah kisah beliau yang terpapar di media ternyata mendapat perhatian Kedutaan Malaysia di Czech apabila wakil kedutaan datang membawa cenderamata bunga untuk pemain pemain Malaysia yang sedang bertarung di kejohanan ini. PPada akhir kejohanan ternyata adik Batrisya tidak menghampakan apabila mencatat 5.5 mata dan menduduki kedudukan 24 iaitu 50 anak tangga lebih baik dari seeding permulaan beliau!
Antara game yang dapat dikongsi adalah yang dikongsi oleh trainer adik Batrisya iaitu coach Saprin iaitu game beliau yang pertama apabila dia dapat menundukkan pemain dengan perbezaan rating 400 mata sekaligus mengutip mata rating maksima 36.8 dan game pusingan ke-8. Ini kerana kejohanan ini hanya memaparkan game secara live untuk kategori A sahaja. Dalam game yang terakhir, permainan beliau menjadi permainan yang terakhir tamat dalam kategori B di mana beliau berjaya memenanginya selepas 5 jam bertarung.
Semoga episod di prague ini menjadi pencetus kepada kejayaan kejayaan adik Batrisya dalam dunia catur kelak sekaligus menjadi inspirasi kepada adik adik remaja yang meminati dunia catur.
Selepas kejohanan ini, team Malaysia akan berpindah ke kejohanan lain di Marienbad Open 2022 bermula 15 Jan 2022 sehingga 22 Jan 2022.
Average Rating